karma
mereka kata ini hukum karma , hukum karma buat aku . aku kena sabar , aku kena tahan , kerana ini yang aku pilih . padan muka aku . tinggalkan orang yang menyayanyi aku untuk dia . sedangkan bukan sebab dia . berkalikali aku terangkan . sedangkan ikhlaskah dia yang mereka cakap terlalu menyayangi aku ?
aku hanya mencari yang benarbenar ikhlas menyayangi aku . yang IKHLAS . rupa pon tidak , harta pon tidak . hanya ikhlas . tetapi kenapa tak ada ? adakah kerana diri yang terlalu banyak kekurangan ? atau adakah disebabkan aku terlalu menyayangi ?
kenapa rasa terlalu putus asa ? sebab terlalu mencuba mungkin ? kenapa aku masih tak sedar , untuk memaksa orang ikhlas menyayangi kita memang payah . memang tak boleh . aku patut lebih menyayangi diri sendiri .
aku patut pergi , aku patut berundur , berundur dari semua orang yang tak memerlukan aku . kenapa hati ini degil sedangkan aku tau ? kenapa hati ini masih sabar dilukai terus ? kenapa aku terlalu bodoh ? apakah aku terlalu tidak layak untuk disayangi , dicintai .
tak sedarkah yang aku terlalu terluka ? saat ini , ketika ini
POSTED BY [name] AT 1:23 AM |
◄ Older posts
Newer posts ►